Kami merupakan pemaju perumahan yang bersekala kecil yang beroperasi di sekitar Daerah Besut, Terengganu. Aktiviti teras perniagaan kami adalah membina dan menjual rumah kediaman seperti rumah Banglo Setingkat, rumah jenis Semi-D Setingkat dan rumah jenis teres setingkat.
Buat masa sekarang ini kami hanya mempunyai sebuah rumah banglo setingkat yang telah siap dibina sepenuhnya (100% siap) berserta Sijil Layak Duduk (CCC) di Gong Kepas Dalam, Kampung Raja, Besut, Terengganu untuk dijual. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah adalah 5,850 kps. Terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Harga RM438,000.
Kami juga ada se buah lagi rumah untuk dijual iaitu banglo setingkat yang sedang dalam pembinaan yang mana statusnya 65% siap di Kg. Baru, Batu Tumboh, Besut, Terengganu. Keluasan rumah adalah 1,733 kps dan keluasan tanah 5,850 kps. Dibina dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Harga RM438,000.
Segala urusan pembelian termasuk urusan pembiayaan perumahan (bank atau LPPSA) akan kami uruskan sehingga kediaman yang tuan/puan beli tersebut selesai dipindah milik dengan sewajarnya.